Ekonomi | Malaysia fokus capai sasaran negara berpendapatan tinggi

2022-06-28 0

Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia tetap fokus untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia sedang berusaha untuk melaksanakan dengan terbaik perancangan jangka panjang dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Tindakan Ekonomi Digital serta pelbagai pelan lain melibatkan pertanian, infrastruktur dan pendidikan, termasuk T-Vet.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan teknologi dunia pada Selasa.

Free Traffic Exchange